Jika kau tak ingin sakit
Ucapkan perasaanmu yang begitu menghimpit
Kerana hanya dengan bicara
Kau akan mampu melepaskan semua derita
Jika kau tak ingin sakit
Buatlah keputusan meski semua terasa sulit
Kerana berendam lama-lama dalam keraguan
Hanya akan merapuhkanmu dengan perlahan
Jika kau tak ingin sakit
Temukan cahaya saat problem membelit
Kerana fikiran negatif hanya akan menghabiskan energi
Tanpa satupun jawapan pasti
Jika kau tak ingin sakit
Janganlah bernafas kerana rupa, warna dan kulit
Kerana semua yang palsu akan meracuni
Menjadikanmu sosok asing dicermin hati
Jika kau tak ingin sakit
Terima kenyataan sebagai sebuah spirit
Kerana dengan membiarkan semua berjalan seperti takdirNYA
Akan menjadikanmu peribadi sederhana dalam memandang segalanya
Jika kau tak ingin sakit
Percayakan pada semua rasa cinta yang terlakar
Kerana tanpa sentuhan-sentuhan ajab sebuah cinta
Kau tak akan pernah mengenali erti hidup yang sesungguhnya
Jika kau tak ingin sakit
Tertawalah meski beban hidup membuat airmatamu terbit
Kerana dengan hati yang penuh senyuman
Kau kan menggenggam indahnya sebuah kehidupan
PenyairSenjA™
Mungkin yang aku lakukan buatmu suatu yang sia-sia :)
Namun kau lupa,cara orang mencipta dan menakar bahagia tak serupa :)
Tujuan kita sama,semoga bermanfaat buat orang lain,hanya cara yang kita tempuh selalu saja tak serupa :)
Jangan pernah merasa paling terang
kerana batas cahaya yang mampu manusia pergi tak lebih dari seratus langkah kaki
Jangan pernah merasa tak berguna
Tak ada satu pun yang DIA cipta didunia ini sia-sia :)
Salam Hati Semesta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Senjaku Berlagu

AkuKauDanPuisiku by Sang Penyair Senja is licensed under a Creative Commons Attribution 2.5 Malaysia License.
Based on a work at akukaudanpuisiku.blogspot.com.
Permissions beyond the scope of this license may be available at http://akukaudanpuisiku.blogspot.com
4 Jemari Ditarikan Lagi:
aku memang x ingin derita itu, tp x kuat utk lakukan sperti nasihatmu
aku bayar kebahagiaan yang Allah kurniakan kepadaku dengan redha dan pasrah dalam setiap dugaan.
p/s : saya suka puisi awak penyair senja! :)
mampukah saya untuk sentiasa tersenyum menutup duka...
puitisnya-->pengubat jiwa!
Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan daripada alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan
Post a Comment