Bila kita cerita pasal tiang
pastinya kita bayangkan asas yang kuat..tegap...mantap...
berdiri
megah
tak mudah roboh walau apa bencana yang datang
tapi bagi aku
aku
sinonimkan tiang itu sebagai "support system" dalam diri kita dan "tiang"
yang kuat merupakan sokongan kita disaat kita lemah dan "tiang" umpama
menahan kita dari terus rebah lalu jatuh tersungkur
Kalau nak
diikutkan pun jika berlaku suatu "kemusnahan" dari "tiang" kukuh yang
masih tegak berdiri kita masih dapat membina semula apa yang sudah
tiada
aceceh ala-ala phoenix bangkit semula
itu persepsi yang aku pegang
selama ni
Of course "tiang" dalam diri kita yang utama tentulah
keimanan
tetapi kalau kita nak bincang mengenai "tiang" yang boleh
dikatakan fizikal
"tiang" itu adalah "supporter" kita
orang-orang terdekat
yang menjadi kekuatan kita
boleh jadi keluarga, pasangan atau kawan-kawan
Bukan senang kerja si "tiang" ni
bukan sekadar "tiang
lampu" yang hanya memerhati atau "tiang seri" yang hanya berdiri disatu
tempat
tetapi "tiang penyokong" itulah yang aku maksudkan
sumber
kekuatan yang paling luhur
yang terbit dari perasaan kasih sayang dan
tanggungjawab
yang asasnya kukuh dengan nilai-nilai kemanusian, pengorbanan,
kesetiaan dan kejujuran
"tiang" ini tidak akan membiarkan "dinding-dinding"
memenjara dirinya
membatasi dengan "atap" untuk menghempapnya
tidak pula
menindas "lantai" yang memerlukan perlindungannya
"tiang" itu kekuatan
untuk semua bahagian-bahagian lain tanpa ia melupakan bahagian-bahagian itu
sendiri
ia perlu kuat supaya bahagian-bahagian lain dapat melaksanakan
peranannya
Aku bersyukur kerana keluargaku, rakan-rakanku dan
mereka yang mengertiku adalah "tiang" terhebat dalam pembinaan
diriku
mungkin "tiang" hanya sebatang dua
tapi
biarpun sikit, ianya
mampu menongkah beban yang aku sendiri tidak mampu memikul
sendirian kala aku terasa paling lemah
dapat aku berharap bersandar
padanya
dapat aku bangkit semula teguh dari pautannya
dapat aku
membina sesuatu yang lebih gemilang darinya
andai rebah salah satu "tiang"
itu tidak mungkin tergalas gelora dan gundah dihatiku ini
kan *.*
kan *.*
Tribute buat semua "tiang" yang terbit dalam hidupku
Thanks for the support
the strength
Thanks for the best days to come
Sayang Kamu
PenyairSenjA: Kita
kerap menganggap sedang melihat bayang-bayang sendiri dipermukaan air,sedangkan tanpa kita sedar, bayang-bayang itu yang sebenarnya sedang
memerhatikan kita..begitulah


0 Menanti Senja:
Post a Comment